tp enggak ada masa mau share.
ni first time wat kek ni.
kek dibuat bersama cik nomiey kiteww tu.
ok ni resepi die k.
copy paste sebijik from sini
BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega *3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright (lina pg guna sebotol/2sb)
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cuka makan
NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan
CARA-CARA:
- Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (lina pg tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
- Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepika
- Pukul mentega dan gula hingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji
- Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
- Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.
- Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang (lina pg gn 3 loyang size 9in) dan bakar hingga kek masak.
Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
- 250g cream cheese (pd suhu bilik)
- 250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
- 1 tsp asen vanilla
- 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
- 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream
Cara-cara :
- Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
- Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
- Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
- Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
kek kite.
selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment