sebelum bz
hr ni plan nk ke kinchakuda, nk g tgk bunga
spider lily
tp bgn nye lmbt sgt
so plan tu cancel.
bg mengisi ms hr ni
sy buat brownies
mcm biase resepi utk rujukan ms akn datang
sumber resepi : hana kanazawa
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula perang - kisar dahulu
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk garam
- 1 sk esen vanilla
- 1/3 cwn minyak masak@butter cair
- 1/2 cawan chocolate chips
- Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
- Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
- Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
- Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.
brownies sy :D |
selamat mencuba!
2 comments:
perghh sedakkkkkk!
sedak gee.nnt tera la wat.
Post a Comment