Pages

Sunday, December 9, 2012

resepi lg..

salam mlm ahad
esk skolah
x mau x mau hatiku memberontak.haha

ok nk share resepi ketam

hr tu ade msk ketam
dgn 2 resepi skaligus sbb borong ketam kat ueno

resepi pertama : masak lemak ketam
sumber resepi : myresepi.com

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )
·         4 ekor ketam besar, dibersihkan
·         6 ulas bawang merah kecil*
·         3 ulas bawang putih*
·         3 batang lada merah*
·         3 biji buah keras*
·         1 inci kunyit hidup*
·         1/2 cm belacan*
·         1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
·         1 asam keping
·         1 helai daun kunyit
·         1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
·         1 biji kelapa, diparut
·         Garam dan gula secukup rasa
·         1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
·         2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)
Cara-cara
1.    Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
2.    Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
3.     Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit
4.    Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.


resepi ke2 : ketam masak sambal telur goyang
sumber resepi : kak hana kanazawa

Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - cuci bersih dan kerat dua
  • *10 tangkai cili kering - celur dan toskan (bgantung kepedasan masing2)
  • *1/2 biji bwg besar @ 4 biji bwg merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1 biji telur
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit air
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis
  • hiasan - daun ketumbar@daun sup@daun bwg
Cara-cara
  • Blend bhn yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn blend tadi hingga cili masak dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa. Gaulkan.
  • Masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. sesekali balik2kan yer.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kocok2kan.
  • Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap sahaja. dan tutup api.
  • Hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar@daun sup.


gmbr? ade2 jap ye


mkn bersama ikan goreng, sambal belacan & kacang botol..perghhhh..

sambal ketam nyum

masak lemak ketam


n mcm biase, resepi ini utk rujukan ku di ms depan
bye~~

2 comments:

hakifays said...

amboi.galak memasak.rindu nk makan nasi kat ikuta><

himawari said...

mr la nk mkn gak.hi3