Pages

Thursday, October 24, 2013

review redang beach resort



ini cite honeymoon lg
nk cite jgak sbb suami beria amik gmbr resort hr tu
die kate kene review dlm blog.
kenangan katenye :)
hr tu dh cite dh kat sini


redang beach resort best!

bilik die cantik dan selesa.
dalam bilik ade peti keselamatan.so xyah risau nk tggl brg2 berhrga dlm bilik ms kuar jln2
mkan sedap2
mengaku, mmg duk 3hr sini berat bdn naik.haha


depan resort

toilet ade air panas

cermin besau nk menyolek.abaikan sy yg tgh kalut bersiapnk balik


peti besi 

katil yg selesa.boleh request iron skali utk iron tdg kih3

ade aircond

balkoni utk jemur baju lpas snorkeling :))

bbq mlm kedua
depan resort yg ade bykkkk buai jaring2 ni.



breakfast,buffet.

breakfast lg

tmpt buffet utk breakfast



puas hati dgn bayaran yg affordable.
next vacation------> tunggu suami dtg sini dl la.



resepi rainbow cake :)

sempena ulang bulan yg ke2 perkahwinan kami, sy buat rainbow cake.kebetulan ms tu suami dtg jepun.suami ckp sedappp.mcm biase resepi utk rujukan sndiri pd ms akn datang :)

sumber : rainbow cake


KEK
Bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam

Bahan B:

  • 1 cawan butter - suhu bilik
  • 2 cawan gula kastor
  • 5 biji putih telur - suhu bilik
  • 2 tsp esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
  • pewarna - merah, kuning, hijau, biru, ungu. 

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang 18cm dan gris tepi loyang dengan butter dan juga alas bawah loyang dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah.
  3. Ayak bahan A dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain putar butter dan gula kastor hingga kembang atau butter akan bertukar menjadi warna putih. 
  5. Masukkan putih telur dan esen vanila. Pukul lagi sampai gebu dan ringan. 
  6. Kemudian perlahankan kelajuan electric mixer ke tahap paling perlahan sekali dan masukkan bahan A berselang dengan susu segar. (Tepung kena berselang-seli dengan susu segar. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Maksudnya : tepung - susu - tepung - susu - tepung - susu - tepung. point PENTING MESTI AKHIR DENGAN TEPUNG
  7. Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bekas. (ni ada tips tau untuk asingkan dengan mudah. Tapi actually depend on cara masing-masing. )
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
  9. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna ke dalam loyang. 
  10. Bakar adunan tadi satu persatu didalam oven dengan suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga kek benar-benar masak. (kalau oven anda besar dan muat untuk 2@3 loyang, boleh la bakar sekali gus.)
  11. Bila da masak, sejukkan atas redai.
  12. Kemudian teruskan membakar adunan yang lain sehingga siap.

CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • 120g gula
  • 125g butter-----> sy pakai whip cream
Cara-cara:
  • Putar semua bahan dengan electric mixer sehingga gebu dan ringan.
UNTUK MELAPIS
  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapukan sedikit frosting diatasnya dan ratakan.
  3. Menggunakan pengayak, ayak serbuk koko@coklat diatas frosting tadi sehingga rata.
  4. Letakkan lapisan kek yang bewarna lain diatasnya dan ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
  5. Kemaskan sekeliling tepi kek dengan lebihan frosting tadi. 
  6. Hiaskan dengan kreativiti masing-masing 

2M stands for 2months.sy cover dgn fingerlady nk sorok comot kek.hihi

model rainbow cake.ilabiuuuu

lpas potong.x comel sgt tp rs die sodappp



jya ne :)



Tuesday, October 8, 2013

riak

td ade usrah online
ade sorang ahli usrah bg tazkirah
tajuk die : riak

berdasarkan yg diceritakan,
hidup zaman skrg mengajar kite utk jd riak

facebook, instagram, twitter
ki ni naru dgn byk followers, byk like
merasa bangga dgn itu semua
sedangkan kite lupa
apelah sgt penilaian manusia
nk dibandingkan dengan penilain Allah

ini juga peringatan utk sy sndiri
terpujuk hati ini dengan usrah hr ni
jzkk kepada penyampai :')

terasa di ignore oleh sahabat
tp sy lupe, Allah sebaik2 penilai :D

yappari,
lara di hati
hanya berjaya dipujuk dgn ayat2 Allah

kadang diri ini khilaf
kadang diri ini lupa
ampunkan hambaMu ya Allah :)

peringatan utk diri sndiri jua


sesungguhnya
ape saje yg dibuat,
bergantung pd niat kita

innama, al a'malu binniati



peringatan dr diri sndiri, utk diri sndiri :)

Sunday, October 6, 2013

chocolate chips brownies

update resepi byk2 hr ni
sebelum bz

hr ni plan nk ke kinchakuda, nk g tgk bunga
spider lily
tp bgn nye lmbt sgt
so plan tu cancel.

bg mengisi ms hr ni
sy buat brownies

mcm biase resepi utk rujukan ms akn datang


sumber resepi : hana kanazawa

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula perang - kisar dahulu
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cwn minyak masak@butter cair
  • 1/2 cawan chocolate chips
Cara-cara
  • Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
  • Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
  • Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.


brownies sy :D

selamat mencuba!



resepi kek pisang yang moist dan mudah

tajuk xleh blah
nk catch traffic ke?ahaha
tp seyes mmg mudah dan sedap!
kawan jepun sy pon ckp sgt sedap smpai abes die makan

ok here's the recipe :)

sumber resepi : aziekitchen

Bahan bahan:4 biji pisang emas - lecek (saya guna 2 biji yg besar dan bkn pisang emas pon)1 cwn gula kaster1 cwn minyak jagung4 biji telur gred A (saya guna gred B)
Bahan ayak:1 1/2 cwn tepung gandum1 sk soda bicarbonat1 sk baking powder
Bahan lain:1 sb jus limau nipis (tak letak)1sk esen vanila (guna vanilla extract)
Cara cara:Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 
Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 



kek pisang sy



bawak g skolah dan mkn ngn sachiko.