Pages

Showing posts with label 料理 cooking. Show all posts
Showing posts with label 料理 cooking. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

resepi red velvet cake lg

haish tgh bz pon smpat lg nk tlis resepi.
mcm biase, utk tatapan diri sndiri.
sbb kali ni buat mmg jadi kek.
x mendap, sgt spongy, naik cantik, n sgt puas hati.
supaya sy x lupe resepi ni, sy catitkan dlm blog picisan ni.

sumber: zalinzalina

bahan2 :

250 gm tepung gandum* 
1 sudu kecik baking powder*
1/2 sudu kecik garam halus*
2 sudu kecik serbuk koko*
*kesemuanya diayak sekali

Butter 113 gm
Gula kastor 300 gram

240 ml susu full cream**
1 sudu kecil cuka makan**
3 sudu kecik pewarna merah **
**Kesemuanya dikacau sekali..

Resepi asal guna 2 biji telur A tapi sy guna 3 biji telur B
1 sudu kecik esen vanilla

1 sudu kecik cuka makan
1 sudu kecik soda bikabonat

Cara2: 

1. Pukul butter dan gula kastor pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit
2. Masukkan telur 1 persatu..kemudian masukkan esen vanilla
3. Berhenti sekejap...kaup balikkan adunan...
4. Masukkan tepung sedikit dulu...
5. Kemudian masukkan bancuhan susu tadi...kena ulang letak tepung dan susu berselang seli... dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga... 
6. Sediakan bancuhan cuka dan soda bikabonat.Biar berdesir dan berbuih...kacau dengan sudu kecik..
7. Masukkan bancuhan cuka ke dalam mixer dan terus matikan..takyah lama-lama..
8. Kacau adunan dengan spatula supaya rata semuanya...
9. Masukkan kedalam acuan. klu cupcakes, bakar dlm 20minit, klu kek, dlm 40 minit.suhu 170 drjah.

Bahan cream cheese :

250 gm Cream Cheese 
100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau suka kurang manis boleh kurangkan sukatan gula..)

Pukul semua bahan menggunakan mixer...kena tahu konsistensi cream cheese frosting ni...kalau rasa nak deko atas cupcake, konsistensi krimnya kena kental sikit...maknanya tak lembik sangat... nak kental krimnya takleh pukul lama sangat...kalau rasa dah terpukul lama dan terlembik, korang masukkan dalam petiais dulu... lebih kurang dah agak kental baru kita deko kan cupcake tu...kalau lembik sangat nanti tak cantik lak deko cupcake tu...tapi kalau korang rasa nak sapu aje atas cupcake tu atau nak biar meleleh takpe la kalau lembik pun... terpulang okey...

in the making

cupcakes sy

ni plak kek nye

satu adunan kat ats, dpt mcm ni.byk kan?

x brape cantik sgt tp rsnye sgt la sodap


selamat mencuba!

Thursday, October 24, 2013

resepi rainbow cake :)

sempena ulang bulan yg ke2 perkahwinan kami, sy buat rainbow cake.kebetulan ms tu suami dtg jepun.suami ckp sedappp.mcm biase resepi utk rujukan sndiri pd ms akn datang :)

sumber : rainbow cake


KEK
Bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam

Bahan B:

  • 1 cawan butter - suhu bilik
  • 2 cawan gula kastor
  • 5 biji putih telur - suhu bilik
  • 2 tsp esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
  • pewarna - merah, kuning, hijau, biru, ungu. 

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang 18cm dan gris tepi loyang dengan butter dan juga alas bawah loyang dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah.
  3. Ayak bahan A dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain putar butter dan gula kastor hingga kembang atau butter akan bertukar menjadi warna putih. 
  5. Masukkan putih telur dan esen vanila. Pukul lagi sampai gebu dan ringan. 
  6. Kemudian perlahankan kelajuan electric mixer ke tahap paling perlahan sekali dan masukkan bahan A berselang dengan susu segar. (Tepung kena berselang-seli dengan susu segar. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Maksudnya : tepung - susu - tepung - susu - tepung - susu - tepung. point PENTING MESTI AKHIR DENGAN TEPUNG
  7. Kemudian bahagikan adunan kepada 5 bekas. (ni ada tips tau untuk asingkan dengan mudah. Tapi actually depend on cara masing-masing. )
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
  9. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna ke dalam loyang. 
  10. Bakar adunan tadi satu persatu didalam oven dengan suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga kek benar-benar masak. (kalau oven anda besar dan muat untuk 2@3 loyang, boleh la bakar sekali gus.)
  11. Bila da masak, sejukkan atas redai.
  12. Kemudian teruskan membakar adunan yang lain sehingga siap.

CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • 120g gula
  • 125g butter-----> sy pakai whip cream
Cara-cara:
  • Putar semua bahan dengan electric mixer sehingga gebu dan ringan.
UNTUK MELAPIS
  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapukan sedikit frosting diatasnya dan ratakan.
  3. Menggunakan pengayak, ayak serbuk koko@coklat diatas frosting tadi sehingga rata.
  4. Letakkan lapisan kek yang bewarna lain diatasnya dan ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
  5. Kemaskan sekeliling tepi kek dengan lebihan frosting tadi. 
  6. Hiaskan dengan kreativiti masing-masing 

2M stands for 2months.sy cover dgn fingerlady nk sorok comot kek.hihi

model rainbow cake.ilabiuuuu

lpas potong.x comel sgt tp rs die sodappp



jya ne :)



Sunday, October 6, 2013

chocolate chips brownies

update resepi byk2 hr ni
sebelum bz

hr ni plan nk ke kinchakuda, nk g tgk bunga
spider lily
tp bgn nye lmbt sgt
so plan tu cancel.

bg mengisi ms hr ni
sy buat brownies

mcm biase resepi utk rujukan ms akn datang


sumber resepi : hana kanazawa

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula perang - kisar dahulu
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cwn minyak masak@butter cair
  • 1/2 cawan chocolate chips
Cara-cara
  • Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
  • Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
  • Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.


brownies sy :D

selamat mencuba!



resepi kek pisang yang moist dan mudah

tajuk xleh blah
nk catch traffic ke?ahaha
tp seyes mmg mudah dan sedap!
kawan jepun sy pon ckp sgt sedap smpai abes die makan

ok here's the recipe :)

sumber resepi : aziekitchen

Bahan bahan:4 biji pisang emas - lecek (saya guna 2 biji yg besar dan bkn pisang emas pon)1 cwn gula kaster1 cwn minyak jagung4 biji telur gred A (saya guna gred B)
Bahan ayak:1 1/2 cwn tepung gandum1 sk soda bicarbonat1 sk baking powder
Bahan lain:1 sb jus limau nipis (tak letak)1sk esen vanila (guna vanilla extract)
Cara cara:Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 
Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 



kek pisang sy



bawak g skolah dan mkn ngn sachiko.



Thursday, July 18, 2013

resepi kuih seri muka

ramadhan ni byk gile yg diidamkan2
dan semestinya mknan msia.nyummy!
iktkan hati nk je masak kan tp skrg tgh serius diet.
buat kuih utk iftar rmi2 je.

resepi yg sy dpt ni kat myresepi.
byk sgt resepi klu search.
tp yg ni sy tgk rmi org review
n ni kali ke3 sy buat.
seyes sedap
senang, n konpem jadi.
x manis sgt, rs lemak2 die.hihi.

seperti biasa, utk rujukan sndiri ms depan :)

sumber : kuih seri muka

dan sperti biasa, copy n paste そのまま hehe

sy ikt betol2 resepi kat bwh ni tp sy buat half utk every bahan.sbb nk wat sikit je,dpt la satu loyang size 6'


Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara


  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  8. Untuk lapisan atas:-
  9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  10. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  12. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  13. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!


1st trial



2nd time buat

third time buat

tips : 1st time buat, sy x lapik plastik wrapping tu.so, mmg ssah nk buat kluar dr loyang. utk 2nd time n 3rd time, sy lapik plastik, n sgt mudah nk wat kluar.cantik n smooth je.hehe




kat jepun ni ade je beras pulut. klu sape2 nk tau mcm mane packaging or rupe beras plut kat nihon boleh pm eh.



Resepi baked sardine roll

hr tu ngade2 nk mkn sardine gulung mcm kat kampung2 tu
tp lpas gugel2, npak yg baked lg attempting.hi3
so try wat.
dekita!

here's the recipe!

sumber : sardine roll

300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk-)


Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang

1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis 

1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah (x letak pon)
1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara :
Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.

1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.
3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu. (zana kelar2 jer..)
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.


sebelum masuk oven

yg dh siap

bergelimpangan hehe



sgt senang, sgt sedap! sila la cuba :)





Friday, June 28, 2013

biskut ala2 famous amous.seyes senang & sedap!

salam semua
hr tu sy mngidam nk mkn biskut famous amos.
mengidam la sgt kan tgh2 diet ni
gugel punye gugel punye gugel,
jmpe mcm2 blog yg bg resepi
tp sy ikt yg blog kwn kite ni
sbb sy view cam best je resepi sbb senang je.hehe
n alhamdulillah mmg jd.
so, here's the recipe.

mcm biase, utk rujukanku ms depan
sumber  : here


Bahan2 A(satukan dalam mixer bowl):

1 biji telur
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan butter(dilembutkan suhu bilik)
1 cawan minyak jagung
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar esen vanilla



Bahan2 B (satukan semua):


4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan choc chips




cara2 membuatnya: 


1) Pukul bahan A hingga kembang 
2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan2 B.....
3) kaup balik gunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi doh.... kemudian rehatkan 1 jam dalam fridge... supaya adunan dia tak mencair masa bentuk2kan... 
4) bulat2 kan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu...
5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit. bergantung pada oven...oven sy, the best, 170 celcius,9 minit.hehe


jeng2 ni hasilnye!


ni lpas dh cmpur semua bahan

sebelum bakar


selepas.nmpk mcm hangit sikit kan.so, kene tau oven sndiri mcm mane k?ni awl2 buat, lpas ni dh tau dh kene pakai suhu n time mcm mane

dekita! seyes senang & sedap!

hasil dpt satu balang tggi ni,n bwk letak kat lab.ternak lemak smbil stdy.erk


selamat mencuba!

Saturday, June 22, 2013

happy birthday sachiko!

salam uols.
hr tu besday kwn baik kite.
name die sachiko.

hr ni kite nk cite psl kwn kite ni.
kite start kwn ngn die last year.
die budak 建築 (architecture)
tp kite bdk 理工 (science)
wpon kami dlm bidang berlainan,
kami sgt rapat
feveret kami same
kami suke mkn
yg plg best
kami suke bergossipsss zasss haha.

kite jmpe die ms klas english last year
kite slalu cepat siapkan keje cikgu bg dlm klas
yela kite amik klas english tahap plg bwh sbb kite nk ckupkan credit hour je haha
dlm klas tu kite 2 org je bdk ppuan
kite slalu tlg sachiko dlm klas.
n dr situ kami jd kwn baik.

ms 2nd sem, kami dh jarang jmpe
sbb klas kami dh x same
kami just lunch same2 kat cafe
tu pon dlm sebulan skali je

last year die ajak kite apply TA utk foreign students
kami apply same2
n kite fail interview tu, tp kite suke sbb sachiko dpt jd TA
sbb by 2013, sachiko kene pindah p meiji campus br
tp sbb die leh jd TA, die kene dtg gak every week kat ikuta hehe
so every week, kite g teman sachiko kat international lounge

last week besday die
kite buat kek utk die
die sgt hepyyyyyy

jeng2 inilah kwn baikkkkkk kite yg amat name die sachiko!


yeayyyy sachiko suke kek kite :))

click!
peace !


taraaa ni kek kite buat utk sachiko tersayang :)
ok, smbil2 tu kite nk share resepi kek.
utk rujukan ms hadapan jgak.
kite rujuk kek ni ikt resepi junior kite kat blog die.
kite pakai resepi ni sbb resepi die xyah gune susu pekat
susu pekat mahal babe kat jepun ni.
skali nk wat kek setengah cwn lak tu.huhu.
klu gugel byk je resepi kek coklat cheese ni.

sumber : moist chocolate cheese layered cake


Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp air
  • 1tbsp tepung gandum
Cara-cara:
  1. Putar cream cheese dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum.
  3. Pukul lagi dan gaul sebati.
  4. Biarkan sebentar.
Bahan B(Kek):
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 tsp esen vanila
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu segar/susu cair
  • 1/2 cawan minyak masak/minyak sayuran/minyak jagung
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 tbsp serbuk koko (saya guna jenama Van Houten)
  • 1 tsp baking soda
  • 1/2 tsp baking powder(bahan bertanda * perlu diayak)
Cara-cara:
  1. Pukul telur didalam bekas lain sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan bahan yang telah diayak. (bahan bertanda *)
  5. masukkan serbuk koko, baking soda
  6. Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian. (kiranya ada 2 adunan)
Cara memasak:
  1. Panaskan kukusan dan balut penutup kukusan dengan tuala/kain. Guna api sederhana shj.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang aduan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15-20 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20-25 minit atau sehingga kek masak.
  6. Selepas kek betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.


selamat mencuba!


p/s : saje kan mengada kite-kite ni.haha jgn muntah uols

Sunday, June 9, 2013

resepi creampuff

last week sy ade masak creampuff. oh btol ke gune masak.mcm x sesuai je.haha.
ni 1s time sy buat n alhamdulillah dekitanda :)

so, here's the recipe.
for my own rujukan in future,as always :)


BAHAN CREAM PUFF 
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla


BAHAN CUSTARD CREAM
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung custard
1 1/2 cawan fresh milk
1 biji telur + 1 putih telur td
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula

  1. UNTUK CREAM PUFF : Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  2. UNTUK CUSTARD CREAM : masukkan semua dlm periuk, then kacau smpai sebati. Isi dalam piping beg yg muncung biasa pon xpe. 
  3. Bakar dlm oven pada suhu 200 darjah, 25 minit. lpas dh siap, belah n isi custard cream td.

Selamat mencuba! resepi ni konpem jd tau. sy pon 1st time buat, n alhamdulillah sgt sedap!




resepi asal : sumber

Sunday, June 2, 2013

resepi kek red velvet

huaaaa actually dh lame dh wat kek ni.
tp enggak ada masa mau share.
ni first time wat kek ni.
kek dibuat bersama cik nomiey kiteww tu.

ok ni resepi die k.

copy paste sebijik from sini

BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright (lina pg guna sebotol/2sb)
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan


NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan


CARA-CARA:
  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (lina pg tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepika
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang (lina pg gn 3 loyang size 9in) dan bakar hingga kek masak.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 250g cream cheese (pd suhu bilik)
  • 250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.








kek kite.
selamat mencuba!

Monday, April 29, 2013

resepi kek coklat cheese bakar

dh lame x berkongsi resepi kat sini.
kali ni nk share resepi kek coklat cheese.
seyes sedap!
hr tu sy buat utk bdk lab.ade bbq ngn bdk lab.
diorang ckp sedap gile.hehe.
ms nk blk, tgk2 ngn bekas2 kek ilang.suke sgt la kot tu.

ok, sini resepinye :)
resepi ni sy modified sket.
tp klu ikt resepi asal ok je. :)

resepi asal : sumber

chocolate cheese layered cake :)

BAHAN A
1 cawan minyak
170 gram gula kastor
120 gram tepung kek
20 gram serbuk koko
3 biji telor
1 sudu teh baking powder

BAHAN B
250 gram cream cheese
60 gram gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu segar

2 sudu tepung gandum

Bahan A~pukul gula bersama telur sampai kembang baru masukan minyal.pukul lg sampai gebu..baru masukkan tepung,serbuk koko dan baking powder pukul sampai sebati ketepikan. tepung, serbuk koko dan baking powder diayak terlebih dahulu.

Bahan B~dalam mangkuk lain pukul cream cheese,esen vanila, tepung dan gula hingga sebati,baru masukkan telor dan susu td,pukul lg tapi sekejap saje...

Masukkan setengah adunan kek coklat dalam loyang,masukkan adunan cream cheese semua sekali dan akhirnya masukkan baki kek coklat tadi..pastu bakar 160~45 minit@bergantung pada oven masing2



jeng jeng jeng!

ini hasilnya!

ini sebelum potong

sebahagian yg dipotong.nmpak layered cheese tu?

yeay! dekita!



selamat mencuba!